Monday, December 24, 2012

PEMANDU PELANCONG DI PERLUKAN UNTUK CNY 2013

Salam 1 Malaysia & Selamat Tengahari

Mohon kerjasama pihak MTGC & dan Bumiputra TGA untuk memaklumkan kepada ahli-ahli persatuan khususnya bagi Pemandu Pelancong yang berbahasa Mandarin dan Kantonis bahawa terdapat permintaan untuk mengendalikan pemanduan pada Tahun Baru Cina iaitu bagi tempoh 20/1/2013 hingga 20/2/2013. Kadar bayaran adalah RM 220.00/- sehari dan bayaran dua kali untuk hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina. Mereka yang berminat hendaklah segera memberikan nama mereka kepada pihak Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia KL/Putrajaya sebelum atau pada 31/12/2012.

Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini adalah sangat dihargai.

ZURAIDA ZAYNORDIN

Unit Pelesenan Pelancongan

Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Kuala Lumpur / Putrajaya

Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

109, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

Tel : 03- 2161 1263

Faks: 03- 2171 1045

E-mel : zuraida.motour.gov.my

--
ZURAIDA ZAYNORDIN

Unit Pelesenan Pelancongan

Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Kuala Lumpur / Putrajaya

Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

109, Jalan Ampang

50450 KUALA LUMPUR

Tel : 03- 2161 1263

Faks: 03- 2171 1045

E-mel : zuraida.motour.gov.my

PIHAK PENGURUSAN
b.p PRESIDEN MBTGA

Tuesday, December 4, 2012

DIALOG BERSAMA YB MENTERI PELANCONGAN

YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

DIALOG YB MENTERI PELANCONGAN BERSAMA DENGAN PENGUSAHA-PENGUSAHA INDUSTRI PELANCONGAN BIL 2/2012

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa sesi Dialog YB Menteri Pelancongan bersama dengan Pengusaha-pengusaha Industri Pelancongan Bil. 2/2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh        :         10 Disember 2012 (Isnin)

Masa          :         9.30 pagi

Tempat      :        Dewan Serbaguna
Kementerian Pelancongan Malaysia
No. 2 Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Untuk makluman YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Tuan/Puan, sesi dialog ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan industri pelancongan dan mewar-warkan hala tuju dan inisiatif baru Kementerian ini.

Sehubungan itu, YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput hadir dan bersama-sama ini disertakan Surat Jemputan dan Agenda untuk makluman dan tindakan lanjut pihak YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada pihak urusetia.

Selain daripada itu, kerjasama YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan juga adalah dipohon untuk mewar-warkan kepada semua ahli persatuan pemandu pelancong bahawa kehadiran di Majlis Dialog tersebut akan diambil kira sebagai Continuing Tourism Related Education(CTRE). Jika sekiranya terdapat isu-isu yang ingin dibangkitkan semasa sesi dialog tersebut, kerjasama YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk kemukakan isu-isu seperti format di LAMPIRAN C melalui emel sebelum atau pada
5 Disember 2012 (Rabu), jam 12 tengahhari kepada urusetia seperti berikut:


a)   Puan Norazlin Mohd Fadzal
Emel           : norazlin@motour.gov.my
No. Tel        : 03-8891 7223
No. Faks     : 03-8891 7201

b)   Cik Norlaila Ishak
Emel           : norlaila@motour.gov.my
No. Tel        : 03-8891 7227
No. Faks     : 03-8891 7201

Kerjasama dan perhatian YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.



URUSETIA JEMPUTAN
DIALOG YB MENTERI PELANCONGAN
BERSAMA DENGAN PENGUSAHA-PENGUSAHA INDUSTRI PELANCONGAN BIL 2/2012


Pihak Pengurusan
Mbtga

Tuesday, October 23, 2012

PERATURAN-PERATURAN MEMPERBARUI KEAHLIAN PERSATUAN PEMANDU-PEMANDU PELANCONG BUMIPUTRA MALAYSIA TAHUN 2010 & SETERUSNYA.

Tarikh : 01hb. Disember, 2010

Kapada Semua Ahli-ahli Persatuan BTGA


NOTIS PENTING PEMBERITAHUAN KETIGA
(01hb Februari 2012)

Syarat-syarat baru yang ditetapkan oleh persatuan di kuatkuasakan bermula dari tarikh 16hb. Disember ,2009 adalah seperti berikut:-· Jangka waktu pembaruan keahlian bermula pada 1hb.Disember
  hinga 31h Januari setiap tahun dan bukan mengikut tarikh tamat
  lesen TG ahli.
· Kelewatan memperbarui keahlian akan didenda sebanyak MYR
  40.00 .
. Ahli2 di minta bekerjasama dengan pihak pengurusan BTGA
  supaya memperbaharui lesen pada bulan yang telah ditetapkan
  setiap tahun bagi mengilakkan anda di denda pihak pengurusan
   dan
  pihak Kementerian.
. Khairat kematian Takaful juga bermula daripada 01hb Februari
  setiap tahun
. Jangan ambil perkara ini sambil lewa dan menunggu sehingga
   lesen
  nak mati esok/lusa baru kelang kabut nak datang baharui lesen.

Untuk Pembaharuan lesen ahli Lama

. TG Perlu mendapatkan Borang Pembaharuan daripada   
  Kementerian
  pelancongan atau di print dari Portal kementerian
  http://www.motour.gov.my/ sebelum datang ke pejabat Persatuan.
· Lengkapkan borang pembaruan lesen pemandu pelancong dari
  Kementerian Pelancongan iaitu Borang 4 (Peraturan 8)
. Satu salinan kad kuasa Pemandu Pelancong yang sedia ada.
. Satu salinan K/P dan minima 3 sijil CTRE untuk pembaharuan
  1 tahun
. 6 CTRE untuk pembaharuan 2 tahun untuk TG's yang telah lulus
  kursus Pengesahan Pemandu Pelancong.

Yuran keahlian tahunan MYR 150.00 adalah termasuk:-

MYR 80.00 : Keahlian Tahunan Persatuan
MYR 40.00 : BTGA Fund / Dana
MYR 30.00 : Takaful khairat kematian

Pendaftaran lesen untuk keahlian Baru

· Lengkapkan borang permohonan Kementerian pelancongan dan
  cop suruhanjaya sumpah
· Lengkapkan borang permohonan keahlian BTGA
· 04 keping gambar berukuran passport - (01 untuk persatuan
  & 03 untuk Kementerian)

UNTUK NATURE GUIDE T2
. Salinan sijil Eco Host untuk Nature Guide
. Surat kelulusan kursus Nature Guide daripada jabatan hutan
. Salinan surat kelulusan drpd Kementerian Pelancongan.
. Satu Surat pengesahan status kesihatan dari Doktor sama seperti 
  city guide . Salinan kad pengenalan

***********************************************************************
UNTUK LESEN CITY GUIDE

· Salinan Sijil Mesra Malaysia City Guide
· Salinan surat kelulusan peperiksaan dari Pusat Bertauliah &  
  Kementerian Pelancongan.
. Sijil SKM atau surat kelulusan RPK. JPK/P2 (T/1003) jika sijil
  belum siap
. Salinan kad pengenalan
. Surat pengesahan status kesihatan dari doktor (Priority : urine,
  blood & eye test)
. Jika sudah mendapat lesen sila telefon pihak pengurusan dan
  berikan no tg anda kepada Ajk persatuan untuk di rekodkan
. Yuran keahlian baru tahunan MYR 160.00 adalah termasuk

MYR 10.00 : Pendaftaran Baru
MYR 80.00 : Keahlian Tahunan persatuan
MYR 40.00 : BTGA Fund
MYR 30.00 : Khairat Kematian (Takaful)

Peringatan Kepada Ahli BTGA yang datang untuk memperbarui keahlian diminta supaya menghubungi terlebih dahulu ahli jawatan kuasa bertugas bagi membuat temu janji pertemuan di pejabat BTGA memandangkan mereka juga adalah pemandu pelancong yang perlu juga membuat pemanduan mencari rezeki atau yang sedang bertugas di luar kawasan.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.

“ 1 Malaysia” Ahli didahulukan, Persatuan Diutamakan

(Nariza Mohd Zabidi)
Setiausaha Persatuan
b.p : Presiden BTGA

(2nd update 11hb.April 2012)

Saturday, October 20, 2012

PRODUK PELANCONGAN (CTRE) TAHUN 2013 - 2014

Starting February 2012, BTGA will organize :

1. Monthly   - 3 Indoor CTRE's
2. Quarterly - 1 Outdoor CTRE.

INDOOR  CTRE


25MAY 2013 - (SAT)           Closing date for Indoor CTRE registration = 10 days before the actual date
1. Agro Tourism Buah-Buahan di Malaysia
2.Gua-Gua di Malaysia
3. Bukit Melawati Kuala Selangor

29JUN 2013 - (SAT)      Closing date for Indoor CTRE registration = 10 days before the actual date
1. Mengenali Ikon Negeri
2. Sejarah Kegemilang Empire Malacca 1402-1511
3.MM2H

27JUL 2013 - (SAT)    Closing date for Indoor CTRE registration = 10 days before the actual date
1. Herbal dan Manusia
2. Tokoh-Tokoh Tersohor Dahulu dan Sekarang
3. Mendekati Argo Tourism -

24Aug 2013 - (SAT)    Closing date for Indoor CTRE registration = 10 days before the actual date
1. Muzeum Akeologi Lengong Perak -
2. Taman Alam Kuala Selangor
3.Malaysia Fire Flies

14 Sept 2013 - (SAT)  Closing date for Indoor CTRE registration = 10 days before the actual date
1. Basic Knowledge of Islam
2. Mengenali Ikon Negeri
3. Keris Warisan Pusaka

12 Oct 2013 - (SAT)    Closing date for Indoor CTRE registration = 10 days before the actual date
1. Food Beverage and Services (Food Tourism)
2. Peranan Juru Iring / Penyelaras di Program Inap Desa
3. Gunung Ledang : Mitos dan Legendanya


OUTDOOR CTRE :

25-28OCT 2013 (4D/3N -FRI-MON): CTRE to Perak Grik Royal Belum Boat House etc....
Min 40pax CTRE's (By Coach )  KIV TBA ASAP


08-11 MAR 2014 (4D/3N-FRI-MON) : CTRE to Johor 1nite @ Nasuha Herba Centre + 1nite JHB & ETC... (Subj to Approval)
Min 40pax CTRE's ( By Coach )

Notes :
1. Closing date for Indoor CTRE registration = 10 days before the actual date.
If there are less than 10 attendees, BTGA will not proceed with the course.
2. Closing date for Outdoor CTRE registration = 15 days before the actual date.

For further enquiries, please call BTGA @ 4043 8354 / 019-331 3089
019-224 8899/ 019 -206 8206 / 013-293 4402
013-311 7001 / 019-254 4811 / 012-641 8400
for clarification.

Friday, July 6, 2012

CTRE 4D/3N 6-9JULY TO PHG MEMBER PHOTO's

 6 CTRE LAWATAN KE PAHANG DARUL MAKMUR
 PADA 6 JUL -9JUL 2012 

Barang keperluan yang harus dibawa oleh TG adalah seperti berikut:-
i)  Tuala Mandi - Home Stay (HS)
ii)  Lampu suluh - Gua Gelangi (GG)
iii)  Anti-Mosqito Repellant - GG/ HS
                     iv)  Baju T Berkolar dan Kasut yang Sesuai utk CTRE
 v)   Barang keperluan peribadi yang lain. 

CTRE TO KOTA GELANGI TEKAM JERANTUT
6JUL 2012

Tolong dengar saya tg nature Azmi bagi taklimat dulu yeee lepas tu kita mula masuk ke gua ni...

cepat laaa jalan jangan main- main. dah takde masa ni....


Biar dia orang jalan dulu lah, biar kita last skali  su.....
Tolong tengok kawan kita yang lain, dalam gua ni sejuk, takut ada yang pensan pulak....
Amacam aku posing ok takkkkk. nak bagi bini tengok baaaahh
Mu tengok chap ayang ni, ambik gambar pong nok pelok aku tokkkk....
Jaga-jaga semua jalan nak masuk gua ni licin dan berselut, jangan ada gedebuk !!!!!!
Make sure semua tg's dak keluar dari gua yeee, jgn ada yg tertinggal kat dalam nanti jd batu TG pulak.
uuuuiiiiii tinggi nya gua niiii......
Nak keluar sesat jalan, apo la tg ni.....kato tahu jalannn....
Minta maaf yeee aku dah penat ni rehat sat nooooo......
uuuuuyooooo. masuk2 dah gelap daah, tangan tolong jaga okkkkkkkk.....
Tiga secoli, bukan senang nak bergambar dengan aku ni wan , pak abu...

Kita dah sampai dalam gua pengantin....Guuaa yang angkat tangan belakang ni.... laaaa




                    Nasib baik ada lampu natural.........

CTRE FELDA OIL PALM PLANTATION TEKAM RESORT


Yang ni kalu nak tahu anak pokok sawit........tak tahu mu memeng chap ayang.......
Nak ambik gambar tak cakap... kita boleh posing baik punya......
Cuba tengok kat belakang tuuu, yang tu boleh makan kalu nak awek muda kkkkkkkk
Baik lah tg' semua skrng kita berada di kawasan ladang sawik milik FELDA TEKAM ye.....
Biar  saya bagi briefing dulu kk, lepas ni kalu hampa nak bergambar boleh laaaaa.
Ladang kita memang luas dan sawit memang berkualiti tinggi, ada apa-apa soalan ??????
Aduuuh penatnya.., macam mana nak lari dari ctre ni.. motor pulak kecil, gua naik kan takut pancit pulak...
                              Dengar sini semua tg, jangan banyak main.. Tolong  take note

Buah yang dikutip akan di hantar untuk proses jadi barang edible dan non edible...
Jenis buah sawit yang berkuali tinggi...................
Nasib baik gua boleh tunpang balik laaa kalu tidak, masak gua di buat nya...

Jemput la makan semua, kita orang tau you penat lepas ctre.....

         Hotel dan makanan kat resort ni bagus laaa......
Dah penat makan la pulak......
MALAM PERADUAN KARAOKE SERTA BBQ DI FELDA TEKAM RESORT
SELEPAS PENAT IKUTI CTRE  

BBQ DINER SEDANG BERJALAN......BAH
KATA-KATA PEMBUKAAN DI MALAM KARAOKE DAN BBQ DINER
BOLEH TAHAN TG KITA NYAYI.....
GUA CAYA LUUU LA SEMUA NYA BAGUS LA......
WAU!!! YANG GELEK NI YANG TAK TAHAN NIIIIII

ORANG BELAKANG TU TENGOK AKU KE....
SAYA CUBA, TRY, TEST, TENGOK YAAA...
COBA YAA IKUT SAYA JOGET GERUDI
KALO NGAK BISA... NONTON YA BANG.....
MANA SATU GUA NAK TUJU NI......
GUA COBAA, LU IKUTINNN YAAAA...
WADUHH!!! IMPORT DARI INDON YAAA....
TAK DAPAT SIA..SIA LAA
KUSYUKKKKK....
SAYA PENGACARA YEEEE.....
 BULEH DOK TAUU AKU NI.....
JEMPUTAN KHAS DARI TALIBAN
ENGKAU DUA ORANG LAGI DAPAT HADIAH
JANJI MENANG
ALAMAK NO BARAPA INI ?
KARAOKE TAMAT DENGAN PEMBERIAN HADIAH KPD PESERTA NO.1
UCAPAN PENUTUP TIRAI OLEH PRESIDEN PERSATUAN EN ZACK