Wednesday, April 24, 2013

LAWATAN CTRE KE ROYAL MUZEUM ON 2MAY 2013 @ 11.00AM




JABATAN MUZIUM MALAYSIA

(Department of Museums Malaysia)
KEMENTERIAN PENERANGAN
KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
JALAN DAMANSARA
50566 KUALA LUMPUR



Pengerusi  
Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputera

No.17-3, Jalan 15/48A, Sentul Raya
Off Jalan Sentul
5100 Kuala Lumpur

                                                                                                          
Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS RAMAH MESRA DAN DIALOG DENGAN KETUA PENGARAH JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan Jabatan Muzium Malaysia berhasrat untuk menjemput ahli-ahli Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputra Malaysia ke pertemuan dengan YBhg. Dato Ibrahim b. Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia sebagaimana ketetapan berikut:
                        Tarikh            : 2 Mei 2013 (Selasa)
                        Masa              : 11.00 pagi
                        Tempat          : Muzium Di Raja (Istana Negara Lama)
  
3.         Program ini bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat pemandu-pemandu pelancong dan agen pelancongan yang memainkan peranan aktif dalam memasarkan muzium-muzium yang ada di seluruh negara. Selain itu ia pihak kami juga berhasrat untuk bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan lagi hubungan dengan antara satu sama lain.  

4.         Bersama-sama ini dilampirkan borang pengesahan kehadiran dan hendaklah dihantar selewat-selewatnya kepada pihak kami pada 16 April 2013 (Selasa) melalui faks dinombor 03- 22871271. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai saya, En.Mohd Jamil di talian 012 6869558/03 22671155. Kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
  
 “KUNJUNGILAH MUZIUM”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 Saya yang menurut perintah,
            
 (ZAINAL BIN ARIFFIN)
Pengurus,
Bahagian Komunikasi Korporat
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Muzium Malaysia

Kepada yang berminat sila hubungi:-
Pak Abu  @ 019-224 8899
Zack        @  019-293 4402
Nariza     @  019-206 8620