Tuesday, October 23, 2012

PERATURAN-PERATURAN MEMPERBARUI KEAHLIAN PERSATUAN PEMANDU-PEMANDU PELANCONG BUMIPUTRA MALAYSIA TAHUN 2010 & SETERUSNYA.

Tarikh : 01hb. Disember, 2010

Kapada Semua Ahli-ahli Persatuan BTGA


NOTIS PENTING PEMBERITAHUAN KETIGA
(01hb Februari 2012)

Syarat-syarat baru yang ditetapkan oleh persatuan di kuatkuasakan bermula dari tarikh 16hb. Disember ,2009 adalah seperti berikut:-· Jangka waktu pembaruan keahlian bermula pada 1hb.Disember
  hinga 31h Januari setiap tahun dan bukan mengikut tarikh tamat
  lesen TG ahli.
· Kelewatan memperbarui keahlian akan didenda sebanyak MYR
  40.00 .
. Ahli2 di minta bekerjasama dengan pihak pengurusan BTGA
  supaya memperbaharui lesen pada bulan yang telah ditetapkan
  setiap tahun bagi mengilakkan anda di denda pihak pengurusan
   dan
  pihak Kementerian.
. Khairat kematian Takaful juga bermula daripada 01hb Februari
  setiap tahun
. Jangan ambil perkara ini sambil lewa dan menunggu sehingga
   lesen
  nak mati esok/lusa baru kelang kabut nak datang baharui lesen.

Untuk Pembaharuan lesen ahli Lama

. TG Perlu mendapatkan Borang Pembaharuan daripada   
  Kementerian
  pelancongan atau di print dari Portal kementerian
  http://www.motour.gov.my/ sebelum datang ke pejabat Persatuan.
· Lengkapkan borang pembaruan lesen pemandu pelancong dari
  Kementerian Pelancongan iaitu Borang 4 (Peraturan 8)
. Satu salinan kad kuasa Pemandu Pelancong yang sedia ada.
. Satu salinan K/P dan minima 3 sijil CTRE untuk pembaharuan
  1 tahun
. 6 CTRE untuk pembaharuan 2 tahun untuk TG's yang telah lulus
  kursus Pengesahan Pemandu Pelancong.

Yuran keahlian tahunan MYR 150.00 adalah termasuk:-

MYR 80.00 : Keahlian Tahunan Persatuan
MYR 40.00 : BTGA Fund / Dana
MYR 30.00 : Takaful khairat kematian

Pendaftaran lesen untuk keahlian Baru

· Lengkapkan borang permohonan Kementerian pelancongan dan
  cop suruhanjaya sumpah
· Lengkapkan borang permohonan keahlian BTGA
· 04 keping gambar berukuran passport - (01 untuk persatuan
  & 03 untuk Kementerian)

UNTUK NATURE GUIDE T2
. Salinan sijil Eco Host untuk Nature Guide
. Surat kelulusan kursus Nature Guide daripada jabatan hutan
. Salinan surat kelulusan drpd Kementerian Pelancongan.
. Satu Surat pengesahan status kesihatan dari Doktor sama seperti 
  city guide . Salinan kad pengenalan

***********************************************************************
UNTUK LESEN CITY GUIDE

· Salinan Sijil Mesra Malaysia City Guide
· Salinan surat kelulusan peperiksaan dari Pusat Bertauliah &  
  Kementerian Pelancongan.
. Sijil SKM atau surat kelulusan RPK. JPK/P2 (T/1003) jika sijil
  belum siap
. Salinan kad pengenalan
. Surat pengesahan status kesihatan dari doktor (Priority : urine,
  blood & eye test)
. Jika sudah mendapat lesen sila telefon pihak pengurusan dan
  berikan no tg anda kepada Ajk persatuan untuk di rekodkan
. Yuran keahlian baru tahunan MYR 160.00 adalah termasuk

MYR 10.00 : Pendaftaran Baru
MYR 80.00 : Keahlian Tahunan persatuan
MYR 40.00 : BTGA Fund
MYR 30.00 : Khairat Kematian (Takaful)

Peringatan Kepada Ahli BTGA yang datang untuk memperbarui keahlian diminta supaya menghubungi terlebih dahulu ahli jawatan kuasa bertugas bagi membuat temu janji pertemuan di pejabat BTGA memandangkan mereka juga adalah pemandu pelancong yang perlu juga membuat pemanduan mencari rezeki atau yang sedang bertugas di luar kawasan.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.

“ 1 Malaysia” Ahli didahulukan, Persatuan Diutamakan

(Nariza Mohd Zabidi)
Setiausaha Persatuan
b.p : Presiden BTGA

(2nd update 11hb.April 2012)