Wednesday, January 19, 2011

Pelaksanaan Sistem Merit dan Demerit

Surat MoTour Ref: KPL/LN/S/(00-14/32(15) bertarikh 12hb April, 2010

Adalah dengan segala hormatnya saya diarah menarik perhatian Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa pandangan dan maklumbalas daripada pihak Tuan/Puan mengenai Pelaksanaan Sistem Merit DeMerit telah diambil kira oleh Kementerian Pelancongan Malaysia selaras dengan perbincangan yang telah diadakan pada 24hb Februari 2010.

Kementerian ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas sumbangan pihak Tuan/Puan di atas reaksi yang positif terhadap pelaksanaan sistem tersebut.

Oleh yang demikian, Sistem Merit dan De-Merit akan dilaksanakan sepenuhnya ke atas penggiat industri pelancongan berkuatkuasa 15hb April 2010.

Kerjasama Tuan/Puan didalam usaha memajukan industri pelancongan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

1 Malaysia. "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan"

Saya yang menurut perintah,


KUDRATULLAH FATIMY BIN AFANDI
Bahagian Pelesenan
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan Malaysia

Nota : Sila muat turun fail di btga-administration.4shared.com