Wednesday, April 24, 2013

LAWATAN CTRE KE ROYAL MUZEUM ON 2MAY 2013 @ 11.00AM




JABATAN MUZIUM MALAYSIA

(Department of Museums Malaysia)
KEMENTERIAN PENERANGAN
KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
JALAN DAMANSARA
50566 KUALA LUMPUR



Pengerusi  
Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputera

No.17-3, Jalan 15/48A, Sentul Raya
Off Jalan Sentul
5100 Kuala Lumpur

                                                                                                          
Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS RAMAH MESRA DAN DIALOG DENGAN KETUA PENGARAH JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan Jabatan Muzium Malaysia berhasrat untuk menjemput ahli-ahli Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputra Malaysia ke pertemuan dengan YBhg. Dato Ibrahim b. Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia sebagaimana ketetapan berikut:
                        Tarikh            : 2 Mei 2013 (Selasa)
                        Masa              : 11.00 pagi
                        Tempat          : Muzium Di Raja (Istana Negara Lama)
  
3.         Program ini bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat pemandu-pemandu pelancong dan agen pelancongan yang memainkan peranan aktif dalam memasarkan muzium-muzium yang ada di seluruh negara. Selain itu ia pihak kami juga berhasrat untuk bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan lagi hubungan dengan antara satu sama lain.  

4.         Bersama-sama ini dilampirkan borang pengesahan kehadiran dan hendaklah dihantar selewat-selewatnya kepada pihak kami pada 16 April 2013 (Selasa) melalui faks dinombor 03- 22871271. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai saya, En.Mohd Jamil di talian 012 6869558/03 22671155. Kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
  
 “KUNJUNGILAH MUZIUM”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 Saya yang menurut perintah,
            
 (ZAINAL BIN ARIFFIN)
Pengurus,
Bahagian Komunikasi Korporat
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Muzium Malaysia

Kepada yang berminat sila hubungi:-
Pak Abu  @ 019-224 8899
Zack        @  019-293 4402
Nariza     @  019-206 8620




Saturday, February 23, 2013

4DAYS / 2NITE BORDER M'SIA / THAI




01/03/13  Day 01      KUALA LUMPUR/HATYAI
2200hrs                  Berlepas dari Kuala Lumpur ( Sunway/Legend) ke Hatyai  & Tea
 Break di R & R Tapah

02/03/13  Day 02      HATYAI  (L/D)
0530hrs                  Di jangka  tiba di gurun  untuk bersihkan diri dan solat.seterusnya
 ke CTC Changlung untuk – Proses passport & namelist masuk ke
 Hatyai.

0630hrs                  Sarapan Pagi di CTC Restaurant (sendiri)
0700hrs                  CTRE I  Terus menuju ke Border Bkt Kayu Hitam Malaysia untuk Cop Pasport  
0745hrs                  CTRE II- Meneruskan perjalanan ke Border Danuk Selatan Thai untuk Cop Pasport

1000hrs                  Dijangka tiba di Hatyai daftar masuk Hotel BP (jika ada bilik) atau meneruskan lawatan Ke sekitar Songkhla pantai yang terkenal dengan cerita (Ikan Duyungnya)
1230hrs                  Makan Tengahari di Restaurant Tempatan   
1330hrs                  Pulang ke Hatyai untuk lawatan ke Nora Plaza untuk barang2 kulit
                                & produk tempatan
1500hrs                  Daftar masuk Hotel istirehat
               
16300hrs                Lawatan ke Floating Market yang popular dengan barang tempatan yang amat murah.
1930hrs                  Makan mlm di Restauran  tempatan dan pulang ke Hotel acara bebas  membeli belah atau yang inginkan Urutan Traditional & reflexsologi untuk lelaki & perempuan setelah penat seharian - rujuk kepada TG Thai
2300hrs                 Supper / kueh chakueh / the tarik / mee soup dll ada di kawasan Grand Plaza Hotel tidak jauh dari BP Hotel (50m) jika perlu buka round table  

03/03/13 Day 03    HATYAI
Full Day acara bebas shopping di kawasan Pasar Hatyai & Kawasan Yong Dee yang popular.
0830hrs                  Sarapan pagi di Restauran Rocky atau lain-lain Restoran sendiri
0900hrs               Acara bebas untuk berbelanja di Pasar  untuk barangan kulit, baju,kasut dll.Jika nak guna perkhidmatan Tut Tut naik seorang bayar 20bath/Rm2
Masakan halal Muslim banyak terdapat di Pasar dan sekitar Hotel BP anda  menginap  
                                Thai Traditional Massage juga banyak terdapat di Bandar Hatyai 
                                Puying Meidai Naaaaaaaaaah……………
2200hrs                  Nikmati supper, teh tarik, mee sup, pulut durian/mangga dll di sekitar Grand Plaza & Pink
Lady untuk melihat suasana night life Hatyai /////////.pasar malam di buka sampai pagi   

04/03/13  Day 04    HATYAI / KUALA LUMPUR
0800hrs                  Sarapan pagi sendiri
0900hrs              CTRE III-Check out berlepas ke Border Danuk untuk cop passport & membeli belah yang Terakhir.
I200hrs                   Masuk ke Malaysia dan akan berhenti makan tenggahari di R & R.jika masa mengizinkan kita akan melawat kilang local product di k.kangsar.
                                Berlepas ke Kuala Lumpur dengan Seribu Kenangan Manis & jumpa lagi ……….

                                HAI…………….. HAI………………… BYE ……………………BYE………
                                 
                ***            Harga pakej termasuk  Bus Persiaran berhawa dingin & Tg
                                Lawatan & Meal seperti yang tercatit dalam aturcara
Penginapan 2 orang sebilik (sglb tambah RM50 sorg) di Hotel 4 **** Kawasan Bandar
                                                  
Semua aturcara yang di usulkan tertakluk kpd pindaan tampa sebarang notis***



sekian terima kasih.

Zack Ismail