JABATAN MUZIUM MALAYSIA
(Department of Museums Malaysia)
KEMENTERIAN PENERANGAN
KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
JALAN DAMANSARA
50566 KUALA LUMPUR
Pengerusi
Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputera
No.17-3,
Jalan 15/48A, Sentul Raya
Off Jalan
Sentul
5100 Kuala
Lumpur
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS RAMAH
MESRA DAN DIALOG DENGAN KETUA PENGARAH JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Dengan segala hormatnya saya ingin
menarik perhatian tuan/puan kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan Jabatan Muzium Malaysia
berhasrat untuk menjemput ahli-ahli Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputra Malaysia ke pertemuan dengan YBhg. Dato Ibrahim b.
Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh : 2 Mei 2013 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Muzium Di Raja (Istana Negara Lama)
3. Program
ini bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat pemandu-pemandu pelancong dan
agen pelancongan yang memainkan peranan aktif dalam memasarkan muzium-muzium
yang ada di seluruh negara. Selain itu ia pihak kami juga berhasrat untuk
bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan lagi hubungan dengan antara satu sama
lain.
4. Bersama-sama
ini dilampirkan borang pengesahan kehadiran dan hendaklah dihantar
selewat-selewatnya kepada pihak kami pada 16 April 2013 (Selasa) melalui faks
dinombor 03- 22871271. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai
saya, En.Mohd Jamil di talian 012 6869558/03 22671155. Kerjasama tuan/puan
di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“KUNJUNGILAH MUZIUM”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya
yang menurut perintah,
(ZAINAL BIN ARIFFIN)
Pengurus,
Bahagian
Komunikasi Korporat
b.p
Ketua Pengarah
Jabatan
Muzium Malaysia
Kepada yang berminat sila hubungi:-
Pak Abu @ 019-224 8899
Zack @ 019-293 4402
Nariza @ 019-206 8620