Salam 1 Malaysia & Selamat Tengahari
Mohon kerjasama pihak MTGC & dan Bumiputra TGA untuk memaklumkan kepada ahli-ahli persatuan khususnya bagi Pemandu Pelancong yang berbahasa Mandarin dan Kantonis bahawa terdapat permintaan untuk mengendalikan pemanduan pada Tahun Baru Cina iaitu bagi tempoh 20/1/2013 hingga 20/2/2013. Kadar bayaran adalah RM 220.00/- sehari dan bayaran dua kali untuk hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina. Mereka yang berminat hendaklah segera memberikan nama mereka kepada pihak Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia KL/Putrajaya sebelum atau pada 31/12/2012.
Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini adalah sangat dihargai.
ZURAIDA ZAYNORDIN
Unit Pelesenan Pelancongan
Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Kuala Lumpur / Putrajaya
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
109, Jalan Ampang
50450 KUALA LUMPUR
Tel : 03- 2161 1263
Faks: 03- 2171 1045
E-mel : zuraida.motour.gov.my
--
ZURAIDA ZAYNORDIN
Unit Pelesenan Pelancongan
Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Kuala Lumpur / Putrajaya
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
109, Jalan Ampang
50450 KUALA LUMPUR
Tel : 03- 2161 1263
Faks: 03- 2171 1045
E-mel : zuraida.motour.gov.my
PIHAK PENGURUSAN
b.p PRESIDEN MBTGA
Monday, December 24, 2012
Tuesday, December 4, 2012
DIALOG BERSAMA YB MENTERI PELANCONGAN
YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,
DIALOG YB MENTERI PELANCONGAN BERSAMA DENGAN PENGUSAHA-PENGUSAHA INDUSTRI PELANCONGAN BIL 2/2012
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa sesi Dialog YB Menteri Pelancongan bersama dengan Pengusaha-pengusaha Industri Pelancongan Bil. 2/2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 10 Disember 2012 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna
Kementerian Pelancongan Malaysia
No. 2 Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
Untuk makluman YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Tuan/Puan, sesi dialog ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan industri pelancongan dan mewar-warkan hala tuju dan inisiatif baru Kementerian ini.
Sehubungan itu, YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput hadir dan bersama-sama ini disertakan Surat Jemputan dan Agenda untuk makluman dan tindakan lanjut pihak YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada pihak urusetia.
Selain daripada itu, kerjasama YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan juga adalah dipohon untuk mewar-warkan kepada semua ahli persatuan pemandu pelancong bahawa kehadiran di Majlis Dialog tersebut akan diambil kira sebagai Continuing Tourism Related Education(CTRE). Jika sekiranya terdapat isu-isu yang ingin dibangkitkan semasa sesi dialog tersebut, kerjasama YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk kemukakan isu-isu seperti format di LAMPIRAN C melalui emel sebelum atau pada
5 Disember 2012 (Rabu), jam 12 tengahhari kepada urusetia seperti berikut:
a) Puan Norazlin Mohd Fadzal
Emel : norazlin@motour.gov.my
No. Tel : 03-8891 7223
No. Faks : 03-8891 7201
b) Cik Norlaila Ishak
Emel : norlaila@motour.gov.my
No. Tel : 03-8891 7227
No. Faks : 03-8891 7201
Kerjasama dan perhatian YBhg./YBrs. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
URUSETIA JEMPUTAN
DIALOG YB MENTERI PELANCONGAN
BERSAMA DENGAN PENGUSAHA-PENGUSAHA INDUSTRI PELANCONGAN BIL 2/2012
Pihak Pengurusan
Mbtga
Subscribe to:
Posts (Atom)