APAKAH BENAR PENDAPATAN TOURIST GUIDE MENCECAH RM10,000.00 SEBULAN ??????????
IKUTI JAWAPAN WAKIL TG DALAM AKHBAR THE STAR 29MAY 2012
Inilah yang dikatakan dunia Politik , yang tidak mahu ikut telunjuk hendak dipersalahkan dan Orang yang melencongkan duit tak dipersalahkan, Orang yang memegang wang dalam simpanan masih belum dikembalikan kepada TM sedang hidup senang lenang tanpa tangkapan.
Semoga Dato' KPTM dapat kembali memegang jawatan beliau dan kembali bekerja semula setelah sekian lama cuti rehat........ Sebelum ini Dato' KP telah banyak membantu , membela dan mendengar isi hati Pemandu Pelancong "Tourist Guide" seperti kami untuk mendapatkan hak kami semasa menjalankan tugas sebagai TG MEGAFAM Tourism Malaysia. Dahulunya TG yang menerima tugasan untuk MEGAFAM perlu menginap di hotel yang sama dengan Guest tapi sekarang hanya diberikan tempat tinggal yang buget oleh Agensi Pelancongan, TG rate yang di tetapkan oleh TM @ RM350 per.day sudah tidak lagi diguna pakai.
Tourism membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membawa masuk apa jua MEGAFAM yang di promosikan oleh Tourism Malaysia, tetapi tidak mampu untuk membelanjakan sejumlah kecil wang untuk TG dan Driver untuk menginap di hotel yang sama, apa tah lagi makan dan minum. Kami berharap kembalinya Dato' KP ke Tourism Malaysia akan dapat membela nasib TG's untuk mendapatkan hak mereka kembali setaraf dengan nama yang di beri sebagai Embassador kecil negara dan orang pertama bertemu tetamu jemputan.
Rintihan
Pemandu Pelancong Malaysia
SIBUK BAWA MASUK PELANCONG
PENDERITAAN RAKYAT TIDAK DI UTAMAKAN
PENDAPATAN ORANG LUAR DIDAHULUKAN